Selasa, Januari 26, 2010

Yuran 2010

Assalamualaikom semua...
Syukur kehadrat Ilahi segalanya berjalan lancar dalam majlis pertemuan bersama Ayahanda Presiden Tuan Hj Jamaludin Bin Yusof  yang disertai oleh AJK Daerah Kulim dan juga wakil-wakil dari Daerah Bandar Bahru dan Selama Perak.Keputusan sepakat telah dicapai dalam usaha memantapkan lagi Pekida Daerah Kulim dan Pekida Malaysia amnya.
Oleh itu diharapkan semua ahli-ahli Pekida Daerah Kulim menjelaskan yuran tahun 2010 pada AJK kawasan masing-masing secepat mungkin untuk diserahkan kepada Setiausaha Daerah kita sebelum 15 hb Mac 2010.
Kerjasama semua sangat-sangat diharapkan dalam melicinkan perjalanan pertubuhan kita ini.

Ahad, Januari 10, 2010

Majlis bersama Presiden

Majlis perjumpaan AJK Daerah Kulim bersama Ayahanda Presiden Tuan Hj Jamaludin Bin Hj Yusof akan diadakan pada hari Rabu 20 hb Januari 2010 jam 9:00 malam bertempat dirumah Ayahanda Pak Lang Rahim.Semua AJK Daerah Kulim dijemput hadir.

Rabu, Disember 23, 2009

KALENDAR 2010


Pekida Daerah Kulim ada menjual kalender 2010 dalam 2 saiz.Yang besar dijual dengan harga RM 3.00 manakala yang kecil dijual dengan harga RM 1.00 sahaja.Sama-samalah membeli disamping menderma untuk Tabung Pekida Daerah Kulim.
Yang berminat sila hubungi 019-4626444

Selasa, Disember 22, 2009

MESYUARAT AGUNG PEKIDA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Pekida Malaysia telah ditetapkan pada 25 dan 26.12.2009 bertempat di IKM Sungai Petani.Pekida Daerah Kulim ditugaskan dibahagian pendaftaran.Diharapkan semua perwakilan dan sukarelawan dari Daerah Kulim dapat berkumpul pada jam 11:00 pagi di IKM Sungai Petani pada 25.12.2009 untuk mengatur tugas masing-masing.
Pakaian pada 25.12.2009 adalah berbaju batik dan pada 26.12.2009 berbaju Melayu.
Segala pertanyaan sila hubungi setiausaha Daerah Kulim iaitu Saudara Salim B Ab Rahman ditalian 019-4626444