Selasa, Mei 18, 2010

MESYUARAT AGUNG PEKIDA MALAYSIA DAERAH KULIM

Syukur Alhamdulillah...Mesyuarat Agung Pekida Daerah Kulim telah berjalan dengan sempurna.Terima kaseh kepada semua yang berkerjasama menjayakannya.Terima kaseh kepada Ayahanda Presiden Yang Berbahagia  Tuan Haji Jamaludin Bin Yusof,Naib Presiden Yang Berbahagia Dato Haji Bakri Bin Ali Mohammad,Tuan Pegawai Daerah Kulim Dato Abd Rahman Bin Ahmad,Penaung Pekida Daerah Encik Abd Rahman,Ayahanda-ayahanda,AJK Pekida Daerah,para jemputan dan semua ahli Pekida Daerah yang sudi hadir menjayakannya.

Isnin, Mei 03, 2010

MESYUARAT AGUNG PEKIDA MALAYSIA DAERAH KULIM

Mesyuarat Agung Pekida Malaysia Daerah Kulim akan diadakan pada 16 hb Mei 2010 diDewan Taman Jati pada jam 2:00 petang.Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Presiden Pekida Malaysia Yang Berbahagia Tuan Hj Jamaludin Bin Yusof.Semua ahli Pekida Daerah Kulim yang membayar yuran dijemput hadir.

Jumaat, April 23, 2010

wakaf

Pihak Pekida Daerah Kulim sedang menjalankan kutipan wakaf "sejadah" dan "Al-Quran" untuk diwakafkan kepada saudara-saudara seagama kita di Selatan Thailand.Sesiapa yang berminat untuk mewakafkan sila serahkan segalanya itu kepada AJK Daerah Kulim dikawasan masing-masing.

Rabu, Februari 10, 2010

Majlis Tahlil Bersama Ayahanda Presiden

Satu majlis tahlil anjuran Pekida Kawasan Taman PKNK Kulim akan diadakan pada 15hb Februari 2010 nanti.Majlis tersebut akan diadakan di Surau Taman PKNK bermula jam 12:00 Tengahari dan akan turut disertai bersama  Ayahanda Presiden Tuan Hj Jamaludin Bin Hj Yusof.

Semua AJK dan ahli-ahli Pekida Daerah Kulim dijemput hadir.

Selasa, Januari 26, 2010

Yuran 2010

Assalamualaikom semua...
Syukur kehadrat Ilahi segalanya berjalan lancar dalam majlis pertemuan bersama Ayahanda Presiden Tuan Hj Jamaludin Bin Yusof  yang disertai oleh AJK Daerah Kulim dan juga wakil-wakil dari Daerah Bandar Bahru dan Selama Perak.Keputusan sepakat telah dicapai dalam usaha memantapkan lagi Pekida Daerah Kulim dan Pekida Malaysia amnya.
Oleh itu diharapkan semua ahli-ahli Pekida Daerah Kulim menjelaskan yuran tahun 2010 pada AJK kawasan masing-masing secepat mungkin untuk diserahkan kepada Setiausaha Daerah kita sebelum 15 hb Mac 2010.
Kerjasama semua sangat-sangat diharapkan dalam melicinkan perjalanan pertubuhan kita ini.

Ahad, Januari 10, 2010

Majlis bersama Presiden

Majlis perjumpaan AJK Daerah Kulim bersama Ayahanda Presiden Tuan Hj Jamaludin Bin Hj Yusof akan diadakan pada hari Rabu 20 hb Januari 2010 jam 9:00 malam bertempat dirumah Ayahanda Pak Lang Rahim.Semua AJK Daerah Kulim dijemput hadir.

Rabu, Disember 23, 2009

KALENDAR 2010


Pekida Daerah Kulim ada menjual kalender 2010 dalam 2 saiz.Yang besar dijual dengan harga RM 3.00 manakala yang kecil dijual dengan harga RM 1.00 sahaja.Sama-samalah membeli disamping menderma untuk Tabung Pekida Daerah Kulim.
Yang berminat sila hubungi 019-4626444