Assalamualaikom semua...
Syukur kehadrat Ilahi segalanya berjalan lancar dalam majlis pertemuan bersama Ayahanda Presiden Tuan Hj Jamaludin Bin Yusof yang disertai oleh AJK Daerah Kulim dan juga wakil-wakil dari Daerah Bandar Bahru dan Selama Perak.Keputusan sepakat telah dicapai dalam usaha memantapkan lagi Pekida Daerah Kulim dan Pekida Malaysia amnya.
Oleh itu diharapkan semua ahli-ahli Pekida Daerah Kulim menjelaskan yuran tahun 2010 pada AJK kawasan masing-masing secepat mungkin untuk diserahkan kepada Setiausaha Daerah kita sebelum 15 hb Mac 2010.
Kerjasama semua sangat-sangat diharapkan dalam melicinkan perjalanan pertubuhan kita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan